MAKLUMAN & PAUTAN

Untuk Maklumat Lanjut Tentang SMKGP Sila Klik Pautan Di bawah

 Profil Akademik

Keputusan PMR

Keputusan SPM

Galeri Kejayaan Akademik



KURIKULUM SMKGP

PROGRAM-PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI BAGI CALON –CALON PEPERIKSAAN SPM DAN PMR 2003
Program Kelas Tambahan
Program Teknik Menjawab Soalan
Program Motivasi
  • Diadakan selepas waktu persekolahan 1.50 – 2.50 petang.
  • Diadakan berselang minggu di antara tingkatan kerana masalah kekurangan bilik darjah yang juga digunakan oleh pelajar sesi petang.
  • Minggu pertama dan ketiga untuk pelajar tingkatan lima manakala minggu kedua dan keempat untuk pelajar tingkatan tiga.
  • Bentuk pelaksanaan secara "berasaskan peperiksaan"(exam oriented)
  • Meliputi semua subjek utama peperiksaan PMR dan SPM
  • Dikendalikan oleh guru pakar atau guru yang berpengalaman dan guru pemeriksa kertas
  • Program Pengurusan Masa
  • Bagaimana Menjadi Pelajar Cemerlang.
  • Operasi Bersih Minda.
  • Motivasi Persediaan Menghadapi Peperiksaan.
  • Kemahiran Belajar.
  • Menjadi Pelajar yang Positif
  • Ops Juang.
  • Ops Gempur.
PROGRAM OP JUANG DAN OP GEMPUR
  • MERUPAKAN PROGRAM LATIH TUBI YANG DIJALAN SEBELUM CALON MENGAMBIL PEPERIKSAAN PMR.
  • TEMPOH MASA PROGRAM OP JUANG ADALAH SELAMA 5 HINGGA 6 MINGGU SEBELUM PEPERIKSAAN.
  • PENGAJARAN BANYAK DIJALAN MELALUI PERBINCANGAN BERKAITAN SOALAN YANG DIKEMUKAKAN DAN MENERANGKAN BAGAIMANA MENJAWAB SOALAN TERSEBUT.
PROGRAM MOTIVASI WARIS (PROGRAM JAYA WARIS)

MATLAMAT

Dengan adanya program ini, para ibubapa dan waris dapat mengetahui dan membimbing anak-anak mareka dari segi sahsiah dan juga ilmu pengetahuan. Di samping itu, para waris juga akan tahu dan sedar betapa pentingnya peranan mereka dalam menentukan kejayaan anak-anak mereka selain daripada bimbingan guru-guru di sekolah.

OBJEKTIF

  • Memberi panduan kepada waris untuk meningkatkan prestasi pelajar
  • Memberi kesedaran tentang betapa pentingnya peranan ibu bapa dan waris dalam menentukan kejayaan anak-anak mereka
  • Memantau anak-anak terutamanya ketika berada di rumah
MOTIVASI KEPADA PELAJAR UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI AKADEMIK
  1. Hari Penyampaian Hadiah Tahunan / Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik.
    • Sijil kecemerlangan diberi kepada pelajar terbaik dalam setiap mata pelajaran dan pelajar terbaik tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap tingkatan.
  2. Penyampaian wang tunai oleh PIBG.
    • Pelajar-pelajar cemerlang PMR yang mendapat 6A dan ke atas.
    • Pelajar- pelajar cemerlang SPM dari aliran Sains dan Sastera.
    • Disampaikan semasa Mesyuarat Agung PIBG.
  3. Penyampaian sijil penghargaan bagi ujian prestasi 1 dan ujian prestasi 2
    • Diberikan kepada tiga pelajar terbaik setiap tingkatan.
    • Disampaikan semasa perhimpunan rasmi sekolah.
  4. Anugerah Yayasan Aman.
    • Disampaikan semasa Mesyuarat Agung PIBG.
    • Pelajar terbaik keseluruhan bagi tingkatan tiga dan tingkatan lima diberi sijil penghargaan dan saham amanah PNB bernilai seribu unit.
    • Empat pelajar tingkatan lima dan empat pelajar tingkatan tiga yang terbaik dalam bidang-bidang tertentu diberi sijil penghargaan dan amanah saham PNB.
MOTIVASI DAN PENGHARGAAN KEPADA GURU DAN STAF SOKONGAN
  1. Ucapan-ucapan penghargaan.
    • Diberi kepada guru-guru dan staf yang memberikan khidmat yang cemerlang apabila selesai sesuatu program atau mencapai sesuatu kejayaan yang dijalankan oleh pihak sekolah / JPPD/JPN
    • Disampaikan semasa perhimpunan rasmi sekolah.
  2. Sijil-sijil penghargaan.
    • Guru-guru mata pelajaran yang membantu menaikkan peratus pencapaian dalam peperiksaan PMR dan SPM setiap tahun.
    • Disampaikan semasa perhimpunan rasmi sekolah.
  3. Anugerah perkhidmatan cemerlang SSM.
    • Diberikan kepada guru-guru atau staf yang memberikan perkhidmatan cemerlang pada tahun semasa.
    • Anjuran JPA.
  4. Dicadangkan nama ke PPD / JPN untuk lantikan ke jawatan lebih tinggi bersesuaian dengan bidang dan potensi guru.
KELAS - KELAS BIMBINGAN KHAS
  • DIADAKAN SEMASA CUTI SEKOLAH DAN PADA CUTI HARI SABTU
  • DIADAKAN BAGI MELENGKAPKAN KELAS TAMBAHAN YANG DIADAKAN PADA SETIAP HARI SELEPAS WAKTU SEKOLAH DIBAWAH PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI CALON PMR DAN SPM.

Copyright ©2003 Symbiosis Consultant And SMKGP