MAKLUMAN

 Hjh. Maizon adalah pengetua yang Ke 6 bagi SMKGP.



UCAPAN PENGETUA

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan kita menerbitkan Laman Web Sekolah untuk julung-julung kalinya. Saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam Laman Web ini. Kita semua sedi a maklum betapa pentingnya laman web sebagai bahan rujukan untuk alaf baru. Ini selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan teknologi ini dapat membantu pihak guru dalam menyediakan bahan-bahan pengajaran yang terkini.Sehubungan itu saya mengambil kesempatan menyeru kepada semua guru, ibu bapa, para pelajar dan masyarakat dapat memanfaatkan Laman Web ini untuk menjayakan program-program yang dirancang dalam bidang pendidikan demi menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis.Akhir kata saya berharap agar hubungan erat yang telah dijalinkan antara sekolah dengan pihak PSPN akan dapat diteruskan. Sekali lagi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Laman Web ini.

Sekian , terima kasih

Copyright ©2003 Symbiosis Consultant And SMKGP