Pasukan
bolasepak SMKGP terus cemerlang dipersada sukan bolasepak
remaja Malaysia apabila menjulang piala berprestij sumbangan
Machaster United. Pasukan SMKGP telah membuktikan bahawa
sekolah harian biasa yang terletak di luar bandar Bukit
Mertajam mampu menumbangkan pasukan Sekolah Sukan Bandar
Penawar yang ternyata lebih hebat dari segi peralatan dan
tenaga jurulatih. Ucapan tahniah kepada semua pemain dan
juga jurulatih yang tidak mengenal penat lelah. Pasukan
SMKGP akan mewakili Malaysia untuk bertanding pada satu
pertandingan peringkat ASEAN di Bangkok, Thailand tidak
lama lagi. Semoga mereka dapat menempa kejayaan disana
nanti. |