Make your own free website on Tripod.com

SMKGP 1978-2005

  

" SMKGP bukan sahaja melahirkan atlet sukan berjaya tetapi juga pelajar-pelajar yang cemerlang dalam akademik dan sukan"

 

"SMKGP is a sign of Bumi's Achievement and Perseverance"

 

 



SEJARAH SMKGP


SEJARAH
1978
Y.B Datuk Haji Mohd. Noor membuat cadangan dalam mesyuarat agung UMNO cawangan Guar Perahu dan memohon Kementerian Pendidikan pada ketika itu mendirikan sebuah sekolah menengah di sini.
1980-an
Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah mengenal pasti sebidang tanah untuk tapak sekolah. Walaubagaimana pun pihak tuan tanah telah membuka lot untuk dijual sebelum sempat tanah itu diambil oleh pejabat daerah. Namun Pegawai Daerah dan Penghulu Mukim telah menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli tanah lot tersebut kerana tanah tersebut akan diambil oleh kerajaan untuk dijadikan tapak sekolah.
1980-an
Sekolah yang menelan belanja hampir RM 2.7 juta ini didirikan atas tapak tersebut.
1989
Seramai 330 pelajar mendaftar untuk sesi pertama persekolahan ini berbanding 1581 orang sekarang. Jika dahulu seramai 10.3% pelajarnya adalah kaum Cina dan India sekarang pelajarnya adalah 100% bumiputera.
1990
Bangunan SMKGP mula digunakan setelah menumpang di Sek. Keb. Guar Perahu.
2 Feb 1991
SMKGP telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1992
Bangunan Asrama Desa mula dibina.
1994
Asrama desa mula digunakan.

1998

Projek pembinaan surau mula dijalankan.
1999
Surau siap sepenuhnya dan mula digunakan. Projek pembinaan Blok D dimulakan.
2000
Blok D siap sepenuhnya.
2002
Pembinaan Dewan SMKGP dan rumah warden dimulakan.
Julai 2003
Dewan SMKGP dirasmikan dan dinamakan dengan nama dewan Ibnu Sina. Rumah Warden mula diduduki.
   

 

Senarai Pengetua SMKGP
16.11.1990 – 02.02.1995
Tuan Haji Ahmad Bin Abd Kadir
16.11.1995 – 30.05.1997
Tuan Haji Fadzil Bin Jamaluddin
01.06.1997 – 01.08.1998
Tuan Haji Abu Bakar Bin Mat
01.01.1998 – 20.05.2001
Puan Hajjah Rohani Bt Ishak
16.09.2001 – 16.02.2002
Tuan Haji Mizal Azman Bin Sharif
16.02.2002 - Sekarang
Puan Siti Maizon Binti Abu Bakar

 

Copyright ©2003 Symbiosis Consultant And SMKGP